sentimental value:

Sunday, 21 January 2018

bersyukur

Bersyukur..
 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sobahul khair

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Pesan pada hati, agar sentiasa memulakan hari dengan  bersyukur.

Justeru, syukur itu mengusir gelisah,  menghilangkan sangka buruk, melebur takbur, meredakan marah dan menjauhkan hasad.

Alhamdulillah itu bukan hanya penyudah...tetapi juga satu muqadimah.

Orang bersyukur bicaranya lunak, bahasanya lembut dan banyak tersenyum.

Syukur itulah yang menjemput rezeki, ketenangan dan keberkatan dalam hidup!



Tuesday, 16 January 2018

best time 4 making a dua`a

Best time 4 making a du'aa..

 Assalamualaikum Warahmatullahi  Wabaakatuh sahabatku sekalian.. 

1.Doa ialah salah satu medium perantaraan seorang hamba dengan penciptaNya, iaitu Allah SWT.  Orang Islam telah dididik oleh Rasulullah SAW agar sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan dari Allah SWT. Sesungguhnya orang yang berdoa dan memohon kepada Allah adalah orang yang dikasihi Allah.  Sebaliknya Allah tidak suka kepada orang yang tidak berdoa dan memohon dariNya. Allah sentiasa menanti doa dan pertolongan dari setiap hambaNya. 

SENTIASALAH BERDOA DAN MEMINTA DARI ALLAH SWT 
2.Berkaitan dengan doa ini Allah berfirman dalam SurahAl-A’raf [Tempat Yang Tinggi](7:55) yang berbunyi:


“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.”

(7:56)



“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.”


3.Di bawah ini diperturunkan 10 masa/ketika yang dikira mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT:

3.1.  Ketika Sepertiga Terakhir Waktu Malam


Allah SWT mencintai hambaNya yang berdoa dalam sepertiga malam yang terakhir. Allah SWT berfirman dalam Surah Az-Zariyat [Angin Kencang](51:18) yang berbunyi:


          “Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).”
Sepertiga malam yang paling akhir adalah waktu yang penuh berkah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Rabb kita turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang akhir pada setiap malamnya. Kemudian berfirman: ‘Orang yang berdoa kepada-Ku akan Ku kabulkan, orang yang meminta sesuatu kepada-Ku akan Kuberikan, orang yang meminta ampunan dari-Ku akan Kuampuni‘ (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Namun perlu difahami, maksud ‘turun’ dalam hadis di atas  jangan sampai membuat kita membayangkan Allah SWT turun sebagaimana manusia turun dari suatu tempat ke suatu tempat lain. Ia berbeza sama sekali.
 3.2. Ketika Berbuka Puasa
“Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi” (Hadis Riwayat Termidzi, Ibnu Majah dan  Ibnu Hibban).

3.3. Ketika Malam Lailatul Qadar

Pada malam ini dianjurkan memperbanyak ibadah termasuk memperbanyak doa. Sebagaimana yang diceritakan oleh Ummul Mu’minin Aisyah Radhiallahu’anha katanya: Aku bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, menurutmu apa yang sebaiknya aku ucapkan jika aku menemukan malam Lailatul Qadar? Rasulullah SAW bersabda: Berdoalah:

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni (‘Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan menyukai sifat pemaaf, maka ampunilah aku”) (Hadis Riwayat Termidzi dan  Ibnu Majah).
3.4. Ketika Azan Sedang Berkumandang/Perang Sedang Berkecamuk

Semasa sedang menjawab azan, berdoalah. Rasulullah SAW bersabda:

“Doa tidak tertolak pada dua waktu, atau jika tertolak pun kemungkinannya sangat kecil, iaitu ketika azan berkumandang dan ketika perang sedang berkecamuk, ketika kedua belah pihak saling menyerang”(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Hajar Al Asqalani)
 3.5.      Waktu Antara Azan dan Iqamat
 Waktu ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Doa di antara azan dan iqamat tidak tertolak” (Hadis Riwayat Termidzi).
Hadis ini menunjukkan bahawa amalan yang dianjurkan antara azan dan iqamat adalah berdoa, bukan berselawat. Selain tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah SAW, amalan berselawat boleh mengganggu orang yang berzikir atau sedang solat sunat. 
 3.6.       Ketika Sujud Dalam Solat
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Seorang hamba berada paling dekat dengan Rabb-nya ialah ketika ia sedang bersujud. Maka perbanyaklah berdoa ketika itu” (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Nasa'i).

3.7.      Pada Hari Jumaat
 Rasulullah SAW bersabda   yang bermaksud: 
 Rasulullah SAW menyebutkan tentang hari Jumaat kemudian baginda
bersabda: “Di dalamnya terdapat waktu. Jika seorang Islam berdoa
ketika itu, pasti diberikan apa yang dia minta’.Lalu baginda
mengisyaratkan dengan tangannya tentang sebentarnya waktu tersebut”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 3.8. Ketika Hujan Turun
 Hujan adalah nikmat dari  Allah       SWT. 
“Doa tidak tertolak pada 2 waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun” (Hadis Riwayat Al Hakim)
 3.9. Ketika Hari Arafah
 Hari Arafah adalah hari ketika para jamaah haji melakukan wukuf di Padang Arafah, iaitu pada tanggal 9 Dzulhijjah. Pada hari tersebut dianjurkan memperbanyak doa, baik bagi jamaah haji ataupun bagi seluruh kaum muslimin yang tidak menunaikan ibadah haji. Rasulullah SAW bersabda:“Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah” (Hadis Riwayat Termidzi) 
  
3.10. Ketika Sedang Minum Air Zam Zam
 Rasulullah SAW bersabda:

“Khasiat air zam-zam itu sesuai dengan doa dan niat peminumnya” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)



Selamat beramal dengan doa-doa di atas.  Mudah-mudahan mendapat perkenan dari Allah SWT serta dimakbulkan sebarang doa dan permohonan kita.
 “Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya.” – Mutiara Kata Imam Syafie Rahimahullah

(Petikan dari blog detikislam.blogspot.com)

Monday, 15 January 2018

PUDING KARAMEL MARVELLOUS 

Assalamualaikum semua..arini ceq nak share 1 resepi pencuci mulut yg mmg popular especially utk mkn ptg iaitu puding karamel marvellous..sapa suka puding karamel angkat kening. .hehehe puding karamel ne lau sepotong beli at psar mlm dlm rm2.50-rm3. .rugiii 😂😂😂 baekk wat sendiri..leh mkn ramai2..Baru puas aty..sebenarnya sng sangatt nk wat puding karamel neh,yg pntg kena ade teknik yg betul laa kn. .jgn maen masukk jaa..rugi oo telo 6-8biji..haha
 okayy jum kitaa belajaq sama2 wat puding pling sdp ne. .ngeee 


Okayy bahan2nya 

● 6-8 biji telur
● 1 tin susu pekat manis - kurangkan jika tak suka manis
● 1 tin susu cair
● 1 tin air
● 8-10 sudu besar gula pasir - untuk gula hangus
● Sedikit vanilla extract

1. Goreng gula sehingga menjadi cair dengan api perlahan.Apabila gula sudah cair n menjadi keperang-perangan,sudukan gula hangus dengan cepat ke dalam mangkuk kecil. Ketepikan..

2. Pukul telur sehingga hancur n masukkan semua bahan2 lain n dikacau sebati. 

3. Sendukkan adunan ke dalam mangkuk yang telah dibubuh gula hangus tadi. Kukus selama 10-15 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. 
Jika mahu tekstur yang cantik dan tak berlubang, jangan dikacau adunan hingga berbuih kemudian ditapis sebelum dituang dalam mangkuk dan dikukus.
4. Taraaa...da siap..yummmy..Sedap dihidangkan sejuk2.N now leh terus dihidangkan di dalam mangkuk yg sama atau dituangkan ke dalam piring kecil. Jika suka,leh dihidangkan dengan ditabur fruit coktail di atasnya.



 1.Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie. Caranya,letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50minit pada suhu 180 darjah Celsius.

2.Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur, pic atau strawberi.

3.Sejukkan di luar terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk..

NOTE:
1.Susu pekat leh digantikan dengan susu segar..jika nak gunakan susu pekat jangan sampai 1 tin,separuh sudah memadai..
2.Pastikan sentiasa kacau gula utk sos karamel dengan api sederhana utk elakkan gula cepat hangus..
3.Garam to optional..leh letak sikit utk bagi rasa lemak. Selamat mencuba

Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed anda nanti...

Sunday, 14 January 2018

berkongsi knangan suka dan duka biarpun payah....




ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH  ALL MY BLOGGER..

Aty terpanggil2 untuk wat blogger ne sbb rdu abah..huhu hrp2 korang sdi berkongsi ilmu n diharap dlm keadaan sehad walafiat na.. 

berkongsi moment indah n pahit..payah utk diceritakan..smoga ttp dalam ingatan n sanubari...


Singkap kembali detik akhir bersama
Linangan airmataku menitis
Dalam pelukan dakapan yang terakhir
Mengalir darah membasahi bumi
Pergi yang tak kembali untuk selamanya
Segar indah namamu di hatiku

Perjuanganmu bagai lilin membakar
Bersinar menerangi kegelapan
Rela berkorban meredah onak berduri
Jasa baktimu sejernih air di kali
Bersemadilah engkau aman di sana
Sinar cahaya murni keramatmu
Berjihad biar menitis oh darah terakhir
Menjadi lambang cinta yang terluhur

Sayu dan pilu bermain di jiwaku
Hilang mu kini tiada pengganti
Hanya namamu tersemat di kalbuku
Menjadi satu kenangan abadi..Menjadi satu kenangan


2.Bila raya, saat ne laa yg ditunggu2  kn?seronok dpt brkumpul brsama family trsayang. .tp tahun ne tk meriah mcm dlu. .abah sudah tiada. .hnya doa dpt  mnghubungkn. .smoga diri ini ttp tabah. .




 3.8julai  2016. .tarikh bertunang. .alhmdulillah bjln ngn lancar. .
                                 
















4..26ogos2017 -tarikh bernikah. ..segalanya bjlan mngikut apa yg dirancangkn. .walaupun byk dugaannya ttp blangsung dgn jayanya. .tanpa abah di ari yg pnuh brmakna. .

















                                      
itulah kenangan yg payah dilupa..k daa sampaii jpa lg..assalamualaikum..